Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

128. Kajian semula dapatan dan hukuman mahkamah tentera

Feedback & support
(1)

Sesuatu dapatan atau hukuman yang telah disahkan boleh pada bila-bila masa dikaji semula oleh sesuatu pihak berkuasa kajian semula, dan jika setelah sesuatu dapatan atau hukuman itu disahkan suatu petisyen dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen 123, maka dapatan atau hukuman itu hendaklah dikaji semula dengan seberapa segera yang boleh setelah petisyen itu dibuat dan setelah dipertimbangkan perkara yang dikatakan dalamnya.

(2)

Pihak berkuasa kajian semula itu bagi maksud Akta ini ialah—

(a)

Yang di-Pertuan Agong;

(b)

Majlis Angkatan Tentera atau (setakat yang pewakilan itu dipakai) mana-mana pegawai yang kepadanya kuasa

Majlis Angkatan Tentera sebagai pihak berkuasa kajian semula, atau mana-mana daripada kuasa itu, boleh diwakilkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Bahagian ini;

(c)

mana-mana pegawai yang mempunyai kuasa memerintah atasan ke atas pegawai pengesah itu.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), sesuatu hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seseorang dalam perkhidmatan giat dan dapatan bersalah yang berikutan dengannya hukuman itu dijatuhkan tidak dikehendaki supaya dikaji semula jika, pegawai pengesah itu berpendapat bahawa adalah mustahak, demi kepentingan tatatertib dan bagi maksud menjamin keselamatan angkatan yang orang yang dijatuhkan hukuman itu berkhidmat, hukuman itu patut dijalankan dengan segera, dan pegawai pengesah itu menyatakan pendapat itu dalam minit yang mengesahkan hukuman itu.

Akta Angkatan Tentera 135

(4)

Apabila kajian semula dilakukan di bawah seksyen ini pihak berkuasa kajian semula boleh—

(a)

setakat yang kajian semula itu adalah mengenai sesuatu dapatan, membatalkan dapatan itu, dan, jika hukuman itu berhubung hanya dengan dapatan yang dibatalkan itu, hukuman itu;

(b)

setakat yang kajian semula itu adalah mengenai hukuman, membatalkan hukuman itu;

(c)

dalam apa-apa hal, menjalankan kuasa yang sama mengenai penggantian dapatan, penggantian hukuman yang tidak sah itu dengan yang sah dan peremitan atau peringanan hukuman sebagaimana yang diberikan kepada seseorang pegawai pengesah oleh subseksyen 125(2)

hingga (4) termasuk kedua-dua subseksyen itu, dan apa-apa dapatan atau hukuman yang digantikan, atau hukuman yang mempunyai kuat kuasa setelah hukuman itu diremitkan atau diringankan, hendaklah dikira bagi segala maksud sebagai suatu dapatan atau hukuman mahkamah tentera yang telah disahkan dengan sewajarnya.

(5)

Jika sesuatu pihak berkuasa kajian semula menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh subseksyen yang disebut terdahulu, keputusan pihak berkuasa kajian semula itu hendaklah diisytiharkan dan hendaklah mempunyai kuat kuasa dari tarikh perisytiharan itu.

Pertimbangan semula hukuman pemenjaraan dan tahanan

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules