Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
125. Section 125
Feedback & supportTertakluk pada peruntukan seksyen yang disebut terdahulu dan peruntukan seksyen yang berikut ini, seseorang pegawai pengesah hendaklah menguruskan dapatan atau hukuman sesuatu mahkamah tentera sama ada—
dengan tidak mengesahkan, jika dia berpendapat bahawa dapatan mahkamah tentera itu mengikut segala hal keadaan kes itu tidak selamat atau tidak memuaskan atau melibatkan suatu keputusan yang salah mengenai soal undang-undang atau bahawa telah terdapat ketidakteraturan yang material semasa perbicaraan itu;
dengan mengesahkan dapatan atau hukuman itu; atau
dengan merujukkan dapatan atau hukuman itu, atau kedua-duanya, untuk disahkan kepada seorang pegawai pengesah yang lebih tinggi:
Dengan syarat bahawa pegawai pengesah itu boleh, walaupun dia berpendapat bahawa jika tidak kerana proviso ini dia boleh enggan mengesahkan dapatan itu, mengesahkan dapatan itu jika dia berpendapat bahawa tiada salah laksana keadilan telah berlaku.
Akta Angkatan Tentera 131
Sebagai ganti tidak mengesahkan sesuatu dapatan mahkamah tentera, seseorang pegawai pengesah boleh, jika—
sesuatu dapatan bersalah yang lain boleh dibuat secara sah oleh mahkamah tentera atas pertuduhan di hadapannya;
dan
dia berpendapat bahawa mahkamah tentera itu mestilah telah berpuas hati dengan fakta yang perlu bagi menjustifikasikan dapatan lain yang dibuat itu, menggantikannya dengan dapatan yang lain, dan jika dia berbuat demikian dia hendaklah menimbangkan bagaimana, jika boleh, kuasa yang diberikan oleh subseksyen (4) hendak dijalankan, atau seseorang pegawai pengesah boleh, jika dia berpendapat bahawa kes itu bukan suatu kes yang dapatannya ialah dapatan tidak bersalah tetapi suatu dapatan bahawa tertuduh itu tidak berupaya untuk dibicarakan, menggantikan dapatan itu dengan suatu dapatan bahawa tertuduh itu tidak berupaya untuk dibicarakan.
Jika ternyata pada seseorang pegawai pengesah bahawa sesuatu hukuman oleh mahkamah tentera tidak sah, dia boleh sebagai ganti tidak mengesahkan hukuman itu menggantikannya dengan suatu hukuman atau hukuman-hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah tentera itu, iaitu bukan hukuman yang lebih berat daripada hukuman atau yang paling berat daripada hukuman-hukuman yang dikenakan oleh mahkamah tentera itu, dan yang pada pendapatnya tidak lebih berat daripada hukuman atau hukuman-hukuman itu.
Dalam mengesahkan hukuman sesuatu mahkamah tentera, seseorang pegawai pengesah boleh—
meremitkan keseluruhan atau sebahagian daripada apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera itu; atau
meringankan mana-mana hukuman itu kepada satu hukuman atau lebih yang diperuntukkan oleh Akta ini, iaitu yang lebih ringan daripada hukuman yang diringankan itu.
132 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
Dalam mengesahkan mana-mana hukuman, seseorang pegawai pengesah boleh menangguhkan hukuman itu daripada dijalankan selama sesuatu tempoh yang difikirkannya suai manfaat, dan seseorang pegawai pengesah boleh melanjutkan atau menamatkan apa-apa penangguhan yang diperintahkan di bawah subseksyen ini.
Sesuatu dapatan atau hukuman yang digantikan oleh pegawai pengesah, atau mana-mana hukuman yang berkuat kuasa selepas pegawai pengesah meremitkan atau meringankan hukuman yang dijatuhkan itu, hendaklah dikira bagi segala maksud sebagai suatu dapatan atau hukuman oleh mahkamah tentera yang telah disahkan dengan sewajarnya.
Pengesahan sesuatu dapatan atau hukuman tidak boleh disifatkan telah selesai sehingga dapatan atau hukuman itu telah diisytiharkan; dan sekiranya terdapat apa-apa penggantian, peremitan atau peringanan seperti yang disebut terdahulu dapatan atau hukuman itu hendaklah diisytiharkan seolah-olah dapatan atau hukuman itu berkuat kuasa selepas penggantian, peremitan atau peringanan itu.
Jika pegawai pengesah itu membuat keputusan untuk tidak mengesahkan, maka keputusan itu hendaklah diisytiharkan dan hendaklah mempunyai kuat kuasa dari tarikh perisytiharan itu.