Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

130. Section 130

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu pertuduhan telah dibicarakan terus, selain pertuduhan itu ditolak, pihak berkuasa yang disebut kemudian daripada ini boleh pada bila-bila masa mengkaji semula dapatan atau award itu.

(2)

Pihak berkuasa tersebut ialah—

(a)

Majlis Angkatan Tentera; atau

(b)

mana-mana pegawai yang mempunyai kuasa memerintah atasan ke atas pegawai yang telah membicarakan pertuduhan itu secara terus.

(3)

Jika, apabila sesuatu kajian semula dilakukan di bawah seksyen ini, ternyata pada pihak berkuasa tersebut bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat demikian disebabkan oleh sesuatu kesilapan undang-undang dalam prosiding mengenai perbicaraan terus pertuduhan itu atau apa-apa jua yang berlaku dalam prosiding itu yang pada pendapat pihak berkuasa tersebut melibatkan ketidakadilan substansial terhadap tertuduh itu, maka pihak berkuasa tersebut boleh membatalkan dapatan itu.

(4)

Jika sesuatu dapatan dalam mana-mana prosiding dibatalkan di bawah subseksyen terdahulu yang akhir disebut dan award yang dibuat

Akta Angkatan Tentera 137

dalam prosiding itu berhubung hanya dengan dapatan yang dibatalkan itu, pihak berkuasa tersebut hendaklah juga membatalkan award itu, dan jika award itu juga berhubung dengan mana-mana dapatan lain dan ternyata pada pihak berkuasa tersebut bahawa award itu tidak dibenarkan oleh Akta ini berkenaan dengan dapatan yang lain itu, pihak berkuasa tersebut boleh mengubah award itu dengan menggantikan hukuman atau hukuman-hukuman itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tersebut, iaitu hukuman atau hukuman-hukuman yang boleh dimasukkan dalam award yang mula-mula itu berhubung dengan dapatan lain itu, dan bukan yang pada pendapat pihak berkuasa tersebut lebih berat daripada hukuman atau hukuman-hukuman yang termasuk dalam award yang mula-mula itu.

(5)

Jika, apabila sesuatu kajian semula dilakukan di bawah seksyen ini, ternyata pada pihak berkuasa tersebut bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan itu tidak sah, atau terlalu berat, atau (jika award itu mengandungi dua hukuman atau lebih) bahawa hukuman itu atau sesetengah daripadanya tidak boleh dijatuhkan bersama dengan sahnya, atau terlalu berat jika dikira bersama, pihak berkuasa tersebut boleh mengubah award itu dengan menggantikan hukuman atau hukuman-hukuman yang boleh dimasukkan dalam award yang mula-mula itu, dan bukan yang pada pendapat pihak berkuasa itu lebih berat daripada hukuman atau hukuman-hukuman yang termasuk dalam award yang mula-mula itu.

Dapatan mengenai Gila

Peruntukan jika tertuduh didapati gila

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules