Skip to content

Seksyen 20

Jika seseorang tanpa kebenaran yang sepatutnya—

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 25 of 129
Seksyen 20

(i)

menyiarkan atau menyebabkan supaya disiarkan notis atau iklan bagi maksud mendapatkan rekrut bagi angkatan tetap;

(ii)

membuka atau menyenggarakan mana-mana rumah, tempat pertemuan atau pejabat bagi maksud merekrut angkatan itu;

(iii)

menerima mana-mana orang menurut mana-mana notis atau iklan seperti yang disebut terdahulu; atau

(iv)

secara langsung atau tidak langsung mengganggu kerja merekrut bagi angkatan itu, dia boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.