Skip to content

Seksyen 27

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 38 of 129

Seksyen 27

(1)

Jika pada masa seseorang askar-lasykar, berhak, selain seksyen ini diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan, suatu keadaan perang berlaku di antara Yang di-Pertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing, atau suatu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150

Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa, atau anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap dikerah untuk berkhidmat, atau dia berkhidmat di luar Malaysia, dia boleh diteruskan dalam perkhidmatan

Akta Angkatan Tentera 43

penuh masa selama tempoh yang tersebut kemudian daripada ini, dan perkhidmatannya boleh dilanjutkan dengan sewajarnya.

(2)

Tiada seorang pun boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa menurut kuasa seksyen ini selepas tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh dia berhak selain seksyen ini diberhentikan kerja.

(3)

Tertakluk pada peruntukan subseksyen terdahulu yang akhir disebut, seseorang yang berhak, selain seksyen ini diberhentikan kerja, boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak berkuasa yang layak.

(4)

Tertakluk seperti yang disebut terdahulu, seseorang yang, selain seksyen ini, genap masanya ditukarkan kepada simpanan boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa bagi sesuatu tempoh, yang berakhir tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh dia, selain seksyen ini, genap masanya ditukarkan kepada simpanan itu, sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak berkuasa yang layak atau bagi mana-mana tempoh atau tempoh selanjutnya yang dalamnya anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap masih dikerah untuk berkhidmat.

(5)

Jika dalam masa seseorang sedang diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa menurut kuasa seksyen ini pihak berkuasa yang layak berpendapat bahawa perkhidmatannya tidak diperlukan, dia berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Jika pada masa seseorang berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan di bawah peruntukan subseksyen terdahulu yang akhir disebut, suatu keadaan perang berlaku antara

Yang di-Pertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing, dia boleh, dengan akuan yang dibuat dalam borang yang ditetapkan di hadapan pegawai memerintahnya, bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan penuh masa semasa keadaan perang itu berlaku; dan jika diluluskan oleh pihak berkuasa yang layak itu, dia boleh meneruskan perkhidmatan penuh masa dengan sewajarnya seolah-olah tempoh perkhidmatan yang baginya tempoh perkhidmatannya dilanjutkan di

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

bawah peruntukan seksyen ini yang disebut terdahulu ialah suatu tempoh yang berterusan semasa keadaan perang berlaku:

Dengan syarat bahawa jika dinyatakan sedemikian dalam akuan itu, dia berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan, mengikut kehendak keadaan, setelah tamat tempoh tiga bulan notis yang diberikan olehnya kepada pegawai memerintahnya.

(7)

Berhubung dengan orang yang berkhidmat di luar Malaysia, sebutan dalam seksyen ini mengenai berhak untuk ditukarkan kepada simpanan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai berhak untuk dihantar balik ke Malaysia dengan seberapa segera yang boleh bagi maksud ditukarkan kepada simpanan.