Skip to content

Seksyen 22

Perkhidmatan lain

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 27 of 129
Seksyen 22

(1)

Seseorang askar-lasykar boleh ditukarkan daripada satu

Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain dalam angkatan tetap—

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(a)

dengan keizinannya sendiri;

(b)

dengan perintah Majlis Angkatan Tentera yang dibuat dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong; atau

(c)

dengan perintah Majlis Angkatan Tentera atau seorang pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya pada bila-bila masa dalam masa berkuat kuasanya Proklamasi Darurat yang dikeluarkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan

Persekutuan.

(2)

Jika seseorang askar-lasykar ditukarkan kepada suatu

Perkhidmatan lain dia hendaklah tertakluk pada segala kaedah, peraturan dan perintah yang boleh dipakai bagi Perkhidmatan itu dan syarat perkhidmatannya hendaklah diubah supaya sesuai dengan syarat am perkhidmatan bagi Perkhidmatan yang kepadanya dia ditukarkan itu.

(3)

Tiada seorang pun askar-lasykar boleh ditukarkan kepada suatu

Perkhidmatan lain melainkan jika dia telah layak untuk diambil masuk ke dalam Perkhidmatan itu.