Seksyen 34
Kaedah bagi mengira perkhidmatan
ActIn forceProvision 45 of 129
Seksyen 34
(1)
Bagi mengira perkhidmatan mana-mana orang untuk pemberhentian kerja atau pertugasan semula atau pertukaran kepada simpanan, hendaklah ditolak daripadanya—
(a)
semua tempoh dia tidak hadir bertugas kerana mana-mana sebab yang berikut:
(i)
pemenjaraan;
(ii)
tinggal tugas; dan
(b)
apa-apa tempoh yang diperintahkan oleh mahkamah tentera supaya dilucut hak.
(2)
Peraturan-peraturan di bawah Bahagian ini boleh membuat peruntukan bagi memulangkan perkhidmatan yang ditolak menurut subseksyen (1) sebagai balasan bagi perkhidmatan baik atau atas apa-apa alasan lain yang mematutkan perkhidmatan yang ditolak itu dipulangkan.