Seksyen 32
Hak pegawai waran untuk berhenti kerja apabila diturunkan ke pangkat biasa
ActIn forceProvision 43 of 129
Seksyen 32
Seseorang pegawai waran dalam angkatan tetap yang telah diturunkan ke pangkat biasa boleh, apabila berlaku sedemikian, meminta supaya diberhentikan kerja melainkan jika keadaan perang berlaku antara Yang di-Pertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing atau anggota simpanan dikerah untuk berkhidmat.