Seksyen 19
Jawapan palsu dalam kertas pengakusaksian
(1)
Jika seseorang dengan diketahuinya memberikan suatu jawapan palsu bagi mana-mana soalan yang terkandung dalam kertas pengakusaksian yang dikemukakan kepadanya oleh atau dengan arahan Majistret atau pegawai merekrut yang di hadapannya dia hadir bagi maksud diakusaksikan, dia boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi dua ratus ringgit atau kedua-duanya.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
(2)
Jika seseorang melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini dan dia telah diakusaksikan sebagai seorang askar-lasykar, dia boleh, menurut budi bicara pihak berkuasa yang layak, dibicarakan di hadapan mahkamah Majistret atau oleh mahkamah tentera kerana kesalahan itu.
Perekrutan yang tidak sah atau gangguan terhadap perekrutan