Skip to content

Seksyen 29

Pertukaran kepada simpanan

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 40 of 129
Seksyen 29

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam

Akta ini tiap-tiap orang, apabila genap masanya ditukarkan kepada simpanan, hendaklah ditukar kepada simpanan, tetapi sehingga ditukarkan sedemikian dia hendaklah terus tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini.

(2)

Jika seseorang, apabila genap masanya ditukarkan kepada simpanan, berkhidmat di luar Malaysia, dia hendaklah dihantar balik ke Malaysia dengan percuma dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah ditukarkan kepada simpanan apabila dia tiba, atau jika dia mengizinkan supaya pertukarannya dilewatkan, dalam tempoh enam bulan selepas dia tiba:

Dengan syarat bahawa jika dia meminta sedemikian, dia boleh ditukarkan kepada simpanan tanpa dikehendaki pulang ke Malaysia.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(3)

Seseorang yang ditukarkan kepada simpanan di dalam

Malaysia berhak dihantar percuma dari tempat dia telah ditukarkan itu ke tempat yang dinyatakan dalam kertas pengakusaksiannya sebagai tempat dia telah diakusaksikan atau ke mana-mana tempat yang dia bercadang hendak tinggal dan yang kepadanya dia boleh dihantar dengan tidak menyebabkan belanja yang lebih besar.

Menangguhkan pemberhentian kerja atau pertukaran kepada simpanan sementara menanti prosiding bagi kesalahan