Seksyen 24
Tempoh pengambilan masuk
(1)
Tempoh yang baginya seseorang yang diambil masuk ke dalam angkatan tetap boleh diambil masuk ialah suatu tempoh, mulai dari tarikh pengakusaksiannya, sebagaimana yang disebut dalam peruntukan yang berikut dalam seksyen ini.
(2)
Jika orang yang diambil masuk itu telah mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah—
Akta Angkatan Tentera 37
(a)
suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas tahun sebagaimana yang ditetapkan, iaitu tempoh perkhidmatan penuh masa; atau
(b)
suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas tahun sebagaimana yang ditetapkan, iaitu sebahagiannya yang ditetapkan sebagai tempoh perkhidmatan penuh masa dan bakinya sebagai tempoh dalam perkhidmatan simpanan.
(3)
Jika orang yang diambil masuk itu belum mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah—
(a)
suatu tempoh yang berakhir dengan tamatnya sesuatu tempoh yang tidak melebihi dua belas tahun sebagaimana yang ditetapkan, mulai dari tarikh dia mencapai umur itu, iaitu tempoh perkhidmatan penuh masa; atau
(b)
suatu tempoh yang berakhir dengan tamatnya sesuatu tempoh yang disebut terdahulu, iaitu sebahagiannya yang ditetapkan sebagai tempoh perkhidmatan penuh masa dan bakinya sebagai tempoh dalam perkhidmatan simpanan.