Seksyen 25A
Seksyen 25A
Tertakluk pada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah
Bahagian ini, seseorang dalam perkhidmatan penuh masa dan yang
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
diambil masuk pada atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh, dengan membuat permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan keizinan pihak berkuasa itu, dibenarkan melanjutkan tempoh perkhidmatan penuh masanya daripada dua belas tahun kepada lima belas tahun:
Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat perkhidmatan penuh masanya di bawah seksyen 24A.
(2)
Sebagai balasan bagi seseorang yang diambil masuk pada atau selepas tarikh yang ditetapkan—
(a)
kerana dibenarkan menjalani sesuatu kursus latihan yang ditetapkan atau suatu kursus latihan daripada sesuatu kelas yang ditetapkan; atau
(b)
kerana diberi apa-apa faedah atau kemudahan lain sebagaimana yang ditetapkan, orang itu boleh dikehendaki oleh pihak berkuasa yang layak supaya mengaku janji, dalam borang yang ditetapkan, untuk tidak menamatkan perkhidmatan penuh masanya sebelum tamat sesuatu tempoh yang bermula pada hari tamatnya kursus latihan itu sebagaimana yang ditetapkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum tamat sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan berhubung dengan faedah atau kemudahan lain itu.