Skip to content

Seksyen 26A

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 35 of 129

Seksyen 26A

(1)

Tertakluk pada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah

Bahagian ini, mana-mana orang dalam perkhidmatan penuh masa di bawah seksyen 24A atau 25A yang mendaftar untuk diambil masuk pada atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh, jika dia berkehendakkan sedemikian, memohon kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak itu, dibenarkan bertugas semula bagi suatu tempoh lanjut dalam perkhidmatan penuh masa yang semuanya akan berjumlah kepada tempoh dua puluh satu tahun perkhidmatan penuh masa yang terus-menerus:

Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamatnya perkhidmatan penuh masanya di bawah seksyen 24A atau 25A.

(2)

Seseorang yang telah dibenarkan bertugas semula di bawah subseksyen (1) boleh, jika dia berkehendakkan sedemikian memohon kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak itu, terus berkhidmat bagi segala maksud seolah-olah tempoh perkhidmatan penuh masanya belum lagi tamat:

Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh perkhidmatan penuh masanya selama dua puluh satu tahun.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 77