Seksyen 31
Rekrut boleh membayar untuk pemberhentian kerja
ActIn forceProvision 42 of 129
Seksyen 31
(1)
Tertakluk pada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah
Bahagian ini, seseorang rekrut boleh memohon untuk diberhentikan kerja sebelum tamat tempoh tiga bulan mulai dari tarikh pengakusaksiannya, dan jika dia membuat permohonan sedemikian, dia hendaklah diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh setelah membayar sejumlah wang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang layak.
(2)
Dalam seksyen ini ungkapan “rekrut” ertinya seseorang yang diambil masuk mengikut peruntukan Bahagian ini, yang belum diambil masuk dahulunya ke dalam mana-mana angkatan tetap.
Akta Angkatan Tentera 47