Seksyen 26C
Perkhidmatan dalam simpanan bagi askar-lasykar
Seseorang, sama ada dalam perkhidmatan penuh masa dalam angkatan tetap atau dalam simpanan menurut seksyen 24 hingga 26A dan 27 hendaklah apabila diberhentikan kerja atau tamat perkhidmatan dalam simpanan, ditukarkan kepada simpanan bagi suatu tempoh selama lima tahun mulai dari hari yang berikutan hari diberhentikan kerja atau tamat perkhidmatan dalam simpanan:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dikehendaki berkhidmat dalam simpanan setelah dia mencapai umur lima puluh tahun.
(2)
Majlis Angkatan Tentera boleh atas budi bicaranya mengecualikan mana-mana orang atau kategori orang daripada perkhidmatan simpanan itu.
Penangguhan dalam hal tertentu mengenai pemberhentian kerja atau pertukaran kepada simpanan