Seksyen 28
Pemberhentian kerja
(1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini tiap-tiap orang, apabila menjadi berhak diberhentikan kerja, hendaklah diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh, tetapi sehingga diberhentikan kerja dia hendaklah terus tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini.
(2)
Jika seseorang yang diambil masuk ke dalam Malaysia berkhidmat di luar Malaysia apabila menjadi berhak diberhentikan kerja—
(a)
jika dia menghendaki diberhentikan kerja di dalam
Malaysia, dia hendaklah dihantar balik ke Malaysia dengan percuma dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah diberhentikan kerja apabila dia tiba di Malaysia, atau jika dia mengizinkan supaya pemberhentian kerjanya dilewatkan, dalam tempoh enam bulan selepas dia tiba;
tetapi
(b)
jika atas permintaannya dia diberhentikan kerja di tempat dia sedang berkhidmat, dia tidaklah berhak menuntut dia dihantar balik ke Malaysia atau ke tempat lain.
Akta Angkatan Tentera 45
(3)
Kecuali menurut hukuman sesuatu mahkamah tentera di bawah
Akta ini, seseorang tidak boleh diberhentikan kerja melainkan jika pemberhentian kerjanya telah dibenarkan oleh pihak berkuasa yang layak mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini.
(4)
Tiap-tiap orang yang diberhentikan kerja di bawah peruntukan
Bahagian ini hendaklah apabila diberhentikan kerja diberikan suatu perakuan pemberhentian kerja yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditetapkan:
Dengan syarat bahawa seseorang yang diberhentikan kerja dalam tempoh tiga bulan selepas pengakusaksian tidak berhak menerima suatu perakuan pemberhentian kerja.
(5)
Seseorang yang diberhentikan kerja di dalam Malaysia berhak dihantar percuma dari tempat dia diberhentikan kerja itu ke tempat yang dinyatakan dalam kertas pengakusaksiannya sebagai tempat dia telah diakusaksikan atau ke mana-mana tempat yang dia bercadang hendak tinggal dan yang kepadanya dia boleh dihantar dengan tidak menyebabkan belanja yang lebih besar.