Skip to content

Seksyen 21

Pengambilan masuk ke dalam Tentera Darat hendaklah bagi sesuatu kor tertentu

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 26 of 129
Seksyen 21

(1)

Seseorang yang diambil masuk untuk perkhidmatan sebagai seorang askar hendaklah diambil masuk ke dalam sesuatu kor tertentu dalam Tentera Darat dan hendaklah berkhidmat dalam kor itu selama tempoh perkhidmatan penuh masanya sama ada dalam tempoh pengambilan masuknya atau dalam mana-mana tempoh pertugasan

Akta Angkatan Tentera 35

semula melainkan jika dia ditukarkan kepada suatu kor lain mengikut peruntukan subseksyen yang berikut:

Dengan syarat bahawa seseorang yang diambil masuk untuk berkhidmat sebagai seorang askar sebelum dia mencapai umur lapan belas tahun boleh diambil masuk untuk perkhidmatan am dan tidak perlu dilantik kepada sesuatu kor sehingga dia mencapai umur itu.

(2)

Seseorang askar boleh, pada bila-bila masa, dengan keizinannya ditukarkan daripada satu kor kepada suatu kor lain dengan perintah pihak berkuasa yang layak:

Dengan syarat bahawa semasa wujud keadaan perang antara Yang di-Pertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing atau dalam masa berkuat kuasanya Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, askar itu boleh ditukarkan sedemikian tanpa keizinannya.

(3)

Jika menurut subseksyen terdahulu yang akhir disebut seseorang askar ditukarkan kepada suatu kor dalam suatu bahagian atau cawangan Tentera Darat yang berlainan daripada bahagian atau cawangan yang dalamnya dia dahulunya berkhidmat, pihak berkuasa yang layak boleh dengan perintah mengubah syarat perkhidmatannya supaya sesuai dengan syarat am perkhidmatan dalam bahagian atau cawangan yang kepadanya dia ditukarkan itu.

(4)

Tiada seorang pun askar boleh ditukarkan kepada mana-mana kor melainkan jika dia telah layak untuk diambil masuk ke dalam kor itu.

(5)

Seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang askar-lasykar yang diambil masuk dalam Tentera Laut dan

Tentera Udara.

Pertukaran daripada satu

Perkhidmatan kepada suatu