Seksyen 33
Pemberhentian askar-lasykar yang tidak sempurna akal
(1)
Jika ternyata pada pihak berkuasa yang layak bahawa seseorang askar-lasykar ialah—
(a)
seorang tidak sempurna akal yang berbahaya; atau
(b)
seorang tidak sempurna akal yang memerlukan rawatan dalam hospital mental, pihak berkuasa yang layak boleh, jika difikirkannya patut dan atas syor seorang pegawai perubatan, menyebabkan askar-lasykar itu diberhentikan kerja, dan apabila diberhentikan kerja supaya dimasukkan ke dalam hospital mental Kerajaan.
(2)
Jika ternyata pada pihak berkuasa yang layak bahawa seseorang askar-lasykar itu bukannya seorang tidak sempurna akal yang berbahaya dan juga bukan seorang tidak sempurna akal yang memerlukan rawatan dalam hospital mental, pihak berkuasa itu boleh, jika difikirkannya patut dan atas syor seorang pegawai perubatan, menyebabkan askar-lasykar itu diberhentikan kerja dan dihantar apabila diberhentikan kerja ke mana-mana tempat di
Malaysia jika dia mempunyai seorang saudara atau sahabat atau lebih yang sudi menjaganya.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 77