Seksyen 30
Seksyen 30
(1)
Walau apa pun apa-apa jua dalam Bahagian ini, seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini tidak berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan pada masa prosiding kena dibawa terhadapnya kerana kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika diputuskan bahawa kesalahan itu tidak akan dibicarakan oleh mahkamah tentera, subseksyen ini tidak terpakai.
(2)
Walau apa pun apa-apa jua dalam Bahagian ini, seseorang yang berada di luar Malaysia dan menjalani suatu hukuman pemenjaraan atau tahanan yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera di bawah Akta ini tidak berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan dalam masa hukuman itu berjalan.