Seksyen 24B
Seksyen 24B
Tempoh yang baginya seseorang yang diambil masuk ke dalam angkatan tetap pada atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh diambil masuk ialah suatu tempoh, mulai dari tarikh pengakusaksiannya, sebagaimana yang disebut dalam peruntukan yang berikut dalam seksyen ini.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
(2)
Jika orang yang diambil masuk itu telah mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah suatu tempoh selama dua belas tahun, iaitu tempoh perkhidmatan penuh masa.
(3)
Jika orang yang diambil masuk itu belum mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah suatu tempoh yang berakhir dengan tamatnya dua belas tahun, mulai dari tarikh dia mencapai umur itu, iaitu tempoh perkhidmatan penuh masa.