Seksyen 75
Kesalahan berhubung dengan mahkamah tentera
(1)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—
(a)
setelah disaman dengan sempurnanya atau diperintahkan supaya hadir sebagai saksi di hadapan mahkamah tentera, tidak menghadirinya;
(b)
enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sepatutnya oleh mahkamah tentera supaya berbuat demikian;
(c)
enggan mengemukakan apa-apa dokumen dalam jagaannya atau di bawah kawalannya yang dia telah dikehendaki dengan sah oleh mahkamah tentera supaya mengemukakannya;
(d)
sebagai seorang saksi, enggan menjawab apa-apa soalan yang dia dikehendaki dengan sah oleh mahkamah tentera supaya menjawabnya;
(e)
dengan sengaja menghina mana-mana orang, yang menjadi anggota mahkamah tentera atau seseorang saksi atau mana-mana orang lain yang menjadi kewajipannya untuk hadir di dalam atau di hadapan mahkamah itu, semasa orang itu bertindak sebagai anggota mahkamah tentera itu atau menghadirinya, atau dengan sengaja
Akta Angkatan Tentera 81
menghina mana mana orang yang disebut terdahulu semasa orang itu menghadiri ke prosiding atau pulang daripada prosiding mahkamah itu; atau
(f)
dengan sengaja mengganggu prosiding mahkamah tentera atau selainnya berkelakuan tidak senonoh di hadapan mahkamah itu, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera selain mahkamah yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut jika sesuatu kesalahan terhadap perenggan (e) atau (f) subseksyen itu dilakukan berhubung dengan mana-mana mahkamah tentera yang diadakan menurut Akta ini, jika, mahkamah itu berpendapat bahawa suai manfaat pesalah itu dibicarakan terus oleh mahkamah itu dan tidak payah dibawa untuk dibicarakan oleh mahkamah tentera yang lain, boleh melalui perintah yang ditandatangani oleh yang dipertua memerintahkan supaya pesalah itu dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh satu hari, atau mengenai seseorang askar-lasykar, dipenjarakan selama tempoh itu atau menjalani tahanan selama tempoh itu.