Seksyen 68
Kehilangan atau membahayakan kapal atau kapal udara
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan sengaja atau dengan cuai—
(a)
menyebabkan atau membenarkan mana-mana kapal Seri
Paduka Baginda hilang, terkandas atau berbahaya; atau
(b)
menyebabkan atau membenarkan mana-mana kapal udara
Seri Paduka Baginda hilang atau berbahaya, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika pesalah itu tidak bertindak dengan sengaja dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.