Seksyen 69
Penerbangan, dsb., yang berbahaya
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melakukan apa-apa perbuatan atau keabaian dalam penerbangan, atau dalam penggunaan mana-mana
Akta Angkatan Tentera 77
kapal udara, atau berhubung dengan mana-mana kapal udara atau bahan kapal udara, yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan tubuh kepada mana-mana orang, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika pesalah itu tidak bertindak dengan sengaja dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.