Skip to content

Seksyen 74

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 85 of 129
Seksyen 74

(a)

memukul atau selainnya menganiayai mana-mana orang yang berada di dalam sesuatu kapal atau kapal udara yang diambil sebagai harta rampasan, atau dengan menyalahi undang-undang mengambil daripada mana-mana orang itu apa-apa yang ada dalam milikannya;

(b)

mengeluarkan daripada mana-mana kapal atau kapal udara yang diambil sebagai harta rampasan (melainkan untuk diletakkan dalam simpanan selamat atau untuk kegunaan dan perkhidmatan perlu angkatan Seri Paduka Baginda)

apa-apa barang yang belum diputuskan terlebih dahulu sebagai harta rampasan yang sah oleh sesuatu mahkamah harta rampasan; atau

(c)

memecahkan barang pukal di dalam mana-mana kapal atau kapal udara yang diambil sebagai harta rampasan, atau yang ditahan pada menjalankan mana-mana hak beligeren atau di bawah mana-mana enakmen, dengan niat

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

hendak mencuri atau menyalahgunakan secara fraud apa-apa di dalamnya, boleh dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka

Baginda atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Kesalahan yang Berhubungan dengan

Tribunal Perkhidmatan