Seksyen 73
Kesalahan oleh pegawai memerintah mengenai harta rampasan
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang sebagai memerintah mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda—
(a)
setelah mengambil mana-mana kapal atau kapal udara sebagai harta rampasan, tidak menghantar kepada
Mahkamah Tinggi atau mahkamah harta rampasan lain yang mempunyai bidang kuasa dalam kes itu, semua suratan kapal atau kapal udara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dijumpai di dalam kapal atau kapal udara itu;
Akta Angkatan Tentera 79
(b)
dengan menyalahi undang-undang membuat apa-apa perjanjian berkenaan dengan penebusan mana-mana kapal, kapal udara atau barang yang diambil sebagai harta rampasan; atau
(c)
menurut apa-apa perjanjian yang disebut terdahulu, atau selainnya dengan pakatan, mengembalikan atau meninggalkan mana-mana kapal, kapal udara atau barang yang diambil sebagai harta rampasan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Kesalahan lain mengenai harta rampasan