Seksyen 72
Pemerakuan yang tidak tepat
ActIn forceProvision 83 of 129
Seksyen 72
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang membuat atau menandatangani, tanpa memastikan ketepatannya—
(a)
suatu perakuan berhubungan dengan apa-apa perkara yang menyentuh perjalanan di laut atau layak terbang atau kecekapan berjuang bagi mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda; atau
(b)
apa-apa perakuan berhubungan dengan mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda atau mana-mana daripada bahannya, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.