Seksyen 70
Terbang rendah
ActIn forceProvision 81 of 129
Seksyen 70
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sebagai juruterbang satu daripada kapal udara Seri Paduka Baginda, menerbangkan kapal udara pada ketinggian yang kurang daripada ketinggian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan atau perintah yang berkuat kuasa kecuali—
(a)
apabila berlepas naik atau mendarat; atau
(b)
dalam hal keadaan lain sebagaimana yang diperuntukkan sedemikian, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.