Seksyen 105
Keanggotaan mahkamah tentera
Tertakluk pada seksyen 103, sesuatu mahkamah tentera hendaklah terdiri daripada yang dipertua dan tidak kurang daripada dua orang pegawai lain.
(2)
Seseorang pegawai yang memanggil mahkamah tentera bersidang di bawah seksyen terdahulu yang akhir disebut boleh melantik sebagai anggota mahkamah tentera itu pegawai daripada
Tentera Darat, Tentera Laut atau Tentera Udara, atau mana-mana pegawai daripada mana-mana angkatan asing yang ditugaskan atau dipinjamkan kepada angkatan tetap:
Dengan syarat bahawa pegawai yang menjadi anggota mahkamah itu hendaklah daripada Perkhidmatan yang sama dengan tertuduh kecuali jika pegawai sidang itu berpendapat bahawa bilangan pegawai yang diperlukan daripada perkhidmatan yang sama yang mempunyai kelayakan yang dikehendaki di tempat mahkamah tentera itu bersidang, dengan perhatian yang sewajarnya terhadap perkhidmatan
Akta Angkatan Tentera 111
awam, tidak boleh didapati dan dalam keadaan sedemikian pegawai sidang itu boleh, dengan keizinan pihak berkuasa yang sepatutnya bagi sesuatu Perkhidmatan lain, melantik pegawai daripada Perkhidmatan lain yang mempunyai kelayakan yang dikehendaki itu sebagai yang dipertua atau anggota mahkamah tentera itu; dan perintah sidang bagi mahkamah tentera itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan mengenai pendapat pegawai sidang dan pernyataan itu adalah muktamad.
(3)
Seseorang pegawai tidak boleh dilantik sebagai anggota sesuatu mahkamah tentera melainkan jika dia tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan telah menjadi seorang pegawai dalam mana-mana angkatan tentera bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun atau bagi tempoh yang agregatnya berjumlah tidak kurang daripada dua tahun atau berkenaan dengan pegawai daripada angkatan asing yang ditugaskan atau dipinjamkan kepada angkatan tetap, telah berkhidmat selama tidak kurang daripada tempoh perkhidmatan yang sama dalam angkatan mereka sendiri.
(4)
Jika mahkamah tentera itu terdiri daripada lima orang pegawai atau lebih, yang dipertuanya hendaklah seorang pegawai yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya dan hendaklah dilantik dengan perintah pegawai yang memanggil mahkamah tentera itu bersidang.
(5)
Jika mahkamah tentera itu terdiri daripada kurang daripada lima orang pegawai, yang dipertuanya hendaklah dilantik dengan perintah pegawai yang memanggil mahkamah tentera itu bersidang dan tidak boleh berpangkat rendah daripada mejar atau yang setaraf dengannya melainkan jika pegawai sidang itu berpendapat bahawa mejar atau yang setaraf dengannya, dengan perhatian yang sewajarnya terhadap perkhidmatan awam, tidak boleh didapati; dan walau bagaimanapun yang dipertua mahkamah tentera itu tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada kapten atau yang setaraf dengannya.
(6)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (4) jika tertuduh itu berpangkat brigedier jeneral atau yang setaraf dengannya atau berpangkat lebih tinggi daripada brigedier jeneral atau yang setaraf dengannya, yang dipertua mahkamah tentera itu hendaklah berpangkat
112 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
sama seperti atau lebih tinggi daripada tertuduh dan anggota yang lain hendaklah berpangkat kolonel atau yang setaraf dengannya atau berpangkat lebih tinggi daripada kolonel atau yang setaraf dengannya.
(7)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (4) jika tertuduh berpangkat kolonel atau yang setaraf dengannya, yang dipertua hendaklah berpangkat sama seperti atau lebih tinggi daripada tertuduh, dan anggota yang lain hendaklah berpangkat leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya atau berpangkat lebih tinggi daripada leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya.
(8)
Jika tertuduh berpangkat leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya, sekurang-kurangnya dua orang anggota mahkamah tentera itu, selain yang dipertuanya, hendaklah berpangkat sama seperti atau lebih tinggi daripada tertuduh itu.
(9)
Anggota mahkamah tentera, selain yang dipertuanya, hendaklah dilantik dengan perintah pegawai sidang atau mengikut apa-apa cara lain sebagaimana yang boleh ditetapkan.