Seksyen 104
Pihak Berkuasa Sidang
Mahkamah tentera boleh bersidang oleh mana-mana pegawai yang berkelayakan yang diberi kuasa sedemikian oleh Seri
Paduka Baginda dengan Waran atau oleh mana-mana pegawai yang di bawah perintah seseorang pegawai yang diberi kuasa seperti yang disebut terdahulu, yang kepadanya pegawai yang akhir disebut itu telah mewakilkan kuasanya untuk memanggil mahkamah tentera bersidang pada menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh
Waran yang dikeluarkan itu.
(2)
Dalam seksyen ini ungkapan “pegawai berkelayakan”
ertinya—
(a)
Ketua Turus Angkatan Tentera;
(b)
Panglima Tentera Darat;
(c)
Panglima Tentera Laut;
(d)
Panglima Tentera Udara;
(e)
mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang memerintah sesuatu kumpulan trup atau sesuatu pemerintahan tentera laut atau sesuatu kumpulan tentera udara.
(3)
Apa-apa Waran atau pewakilan kuasa di bawah seksyen ini untuk memanggil mahkamah tentera bersidang—
(a)
boleh dibuat tertakluk pada sekatan, had, kecualian atau syarat;
(b)
boleh dialamatkan kepada pegawai atas nama atau nama jawatan mereka, dan boleh dikeluarkan atau diberikan kepada seseorang pegawai yang dinamakan atau ditetapkan mengikut nama jawatannya, kepada seseorang pegawai yang dinamakan atau ditetapkan mengikut nama
110 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
jawatannya dan kepada orang yang pada masa ini menjalankan kewajipan jawatannya, kepada seseorang pegawai yang dinamakan atau ditetapkan mengikut nama jawatannya dan penggantinya dalam jawatan itu atau kepada seseorang pegawai yang dinamakan atau ditetapkan mengikut nama jawatannya dan orang itu dan pengganti itu;
(c)
boleh diubah atau dibatalkan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, oleh suatu Waran Seri Paduka
Baginda yang kemudiannya atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh pegawai yang memberikan waran itu atau pengganti jawatannya.
(4)
Apa-apa kuasa untuk memanggil mahkamah tentera bersidang yang diwakilkan di bawah subseksyen (1) boleh dijalankan hanya bagi perbicaraan seseorang yang pada tarikh perintah sidang itu berada di bawah perintah pegawai sidang.