Seksyen 103
Bidang kuasa dan kuasa mahkamah tentera
Tertakluk pada peruntukan seksyen ini sesuatu mahkamah tentera mempunyai kuasa untuk membicarakan mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini atas apa-apa kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera di bawah Akta ini dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh Akta ini bagi kesalahan itu.
(2)
Sesuatu mahkamah tentera bagi membicarakan seseorang pegawai atau pegawai waran hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang pegawai.
(3)
Sesuatu mahkamah tentera yang terdiri daripada kurang daripada lima orang pegawai tidak boleh menjatuhkan apa-apa hukuman dalam skala hukuman yang lebih tinggi daripada pemenjaraan selama dua tahun.
(4)
Sesuatu mahkamah tentera, melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang pegawai, tidak boleh membicarakan apa-apa kesalahan yang hukuman maksimumnya atau satu-satu hukumannya ialah hukuman mati.
Akta Angkatan Tentera 109