171. Pemakaian Subpenggal 10
Feedback & supportMelainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini,
Subpenggal ini hendaklah terpakai bagi suatu tawaran yang dibuat kepada orang awam, termasuklah tawaran yang dibuat kepada mana-mana golongan orang awam walau bagaimana jua dipilih, berkenaan dengan—
tawaran atau pelawaan berkenaan dengan syer atau debentur yang dibuat oleh kelab rekreasi tidak tersenarai; dan
Syarikat 221
tawaran atau pelawaan untuk mendepositkan wang atau memberi pinjaman wang kepada perbadanan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 158.
Subpenggal ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan untuk melanggan atau membeli apa-apa sekuriti perbadanan, termasuklah apa-apa tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007.