173. Debentur kekal
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang yang lain, sesuatu syarat yang terkandung dalam suatu debentur atau dalam suatu surat ikatan amanah bagi mendapatkan debentur, sama ada debentur atau surat ikatan amanah itu dikeluarkan atau dibuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini tidak menjadi tidak sah oleh sebab debentur itu dijadikan tidak boleh ditebus atau boleh ditebus hanya apabila berlakunya kontingensi walau bagaimana jauh sekalipun atau apabila habisnya sesuatu tempoh walau bagaimana lama sekalipun.