174. Kuasa untuk mengeluarkan semula debentur telah ditebus
Feedback & supportSuatu syarikat boleh mengeluarkan semula debentur yang telah ditebus sama ada dengan mengeluarkan semula debentur yang sama atau mengeluarkan debentur baharu bagi menggantikan debentur yang telah ditebus itu, melainkan jika—
222 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
diperuntukkan selainnya, secara nyata atau tersirat dalam perlembagaan atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh syarikat itu; atau
syarikat itu telah menyatakan niatnya supaya debentur itu dibatalkan dengan meluluskan suatu ketetapan bagi maksud itu atau melalui apa-apa tindakan lain.
Jika debentur telah ditebus dikeluarkan semula, orang yang berhak terhadap debentur itu hendaklah mempunyai dan hendaklah disifatkan sentiasa mempunyai keutamaan yang sama seolah-olah debentur itu tidak pernah ditebus.