Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

229. Kecualian bagi seksyen 228

Feedback & support

Seksyen 228 tidak terpakai bagi suatu perkiraan atau transaksi bagi perolehan atau pelupusan aset bukan tunai yang dibuat—

(a)

oleh suatu syarikat—

(i)

dengan mana-mana subsidiari milik penuhnya;

(ii)

dengan syarikat pemegangannya yang memegang semua syer pengeluaran syarikat; atau

(iii)

yang merupakan subsidiari milik penuh suatu syarikat pemegangan dengan subsidiari milik penuh syarikat yang lain bagi syarikat pemegangan yang sama itu;

(b)

oleh suatu syarikat yang sedang digulungkan, melainkan jika penggulungan itu adalah penggulungan sukarela anggota;

(c)

oleh suatu syarikat yang perolehan atau pelupusan aset adalah dalam urusan perniagaan biasa syarikat dan mengikut terma yang tidak kurang baiknya daripada yang disediakan kepada orang awam atau pekerja syarikat;

(d)

oleh suatu syarikat jika perkiraan atau transaksi itu tidak melibatkan pemindahmilikan wang tunai atau harta dan tidak berkuat kuasa melainkan jika diluluskan pada suatu mesyuarat agung atau oleh pihak berkuasa yang berkaitan;

(e)

oleh suatu syarikat yang dibuat mengikut skim perkiraan yang diluluskan oleh Mahkamah di bawah seksyen 366; atau

(f)

oleh suatu syarikat berkaitan dengan suatu tawaran pengambilalihan yang dibuat mengikut undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi tawaran itu.

Syarikat 291

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules