Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

419. Pernyataan hal ehwal syarikat

Feedback & support
(1)

Pernyataan hal ehwal syarikat yang dikehendaki supaya dikemukakan kepada pengurus kehakiman di bawah subseksyen 418(2) hendaklah menunjukkan sebagaimana pada tarikh perintah pengurusan kehakiman—

(a)

butir-butir tentang aset, hutang dan liabiliti syarikat;

(b)

nama dan alamat pemiutangnya;

(c)

sekuriti yang dipegang oleh pemiutang masing-masingnya;

(d)

tarikh yang sekuriti masing-masingnya diwujudkan; dan

(e)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar.

(2)

Pernyataan hendaklah dikemukakan oleh, dan ditentusahkan melalui afidavit, sekurang-kurangnya satu daripada pengarah yang, pada tarikh perintah pengurusan kehakiman, menjadi pengarah syarikat dan sekurang-kurangnya satu orang lain yang diluluskan oleh pengurus kehakiman daripada kategori yang berikut:

(a)

orang yang menjadi atau telah menjadi pegawai syarikat;

(b)

orang yang mengambil bahagian dalam penubuhan syarikat pada bila-bila masa dalam masa satu tahun sebelum tarikh perintah pengurusan kehakiman; atau

(c)

orang yang bekerja dengan syarikat termasuklah seseorang yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak bagi perkhidmatan, atau telah bekerja dengan syarikat dalam

492 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

tahun itu, dan yang pada pendapat pengurus kehakiman mampu untuk memberikan maklumat yang dikehendaki.

(3)

Mana-mana orang yang membuat pernyataan dan afidavit hendaklah dibenarkan dan hendaklah dibayar oleh pengurus kehakiman, daripada terimaannya, apa-apa kos dan perbelanjaan yang dilakukan dalam dan mengenai penyediaan dan pembuatan pernyataan dan afidavit itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh pengurus kehakiman, tertakluk pada rayuan kepada Mahkamah oleh orang yang membuat pernyataan itu.

(4)

Apa-apa pernyataan hal ehwal yang disediakan di bawah seksyen ini boleh digunakan sebagai keterangan terhadap mana-mana orang yang membuat atau yang bersetuju untuk membuat pernyataan hal ehwal itu.

(5)

Pengurus kehakiman hendaklah menyerah simpan suatu salinan pernyataan hal ehwal dengan Pendaftar dalam masa tujuh hari dari penerimaan pernyataan itu daripada syarikat.

(6)

Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules