Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
420. Pernyataan cadangan
Feedback & supportJika suatu perintah pengurusan kehakiman dibuat, pengurus kehakiman itu hendaklah, dalam masa enam puluh hari atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh
Mahkamah, selepas perintah itu dibuat—
menghantar suatu pernyataan tentang cadangannya untuk mencapai satu daripada tujuan yang disebut dalam perenggan 405(1)(b) atau lebih kepada Pendaftar dan kepada semua pemiutang ke alamat terakhir mereka yang diketahui; dan
Syarikat 493
membentangkan suatu salinan pernyataan itu dalam mesyuarat pemiutang syarikat yang dipanggil bagi tempoh tidak kurang daripada notis empat belas hari.
Pengurus kehakiman hendaklah juga, dalam masa enam puluh hari atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah selepas perintah dibuat sama ada—
menghantar suatu salinan pernyataan kepada semua anggota syarikat ke alamat terakhir semua anggota yang diketahui;
atau
menyiarkan suatu notis dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris yang menyatakan alamat yang kepadanya anggota syarikat perlu menulis supaya salinan pernyataan itu dihantar kepada anggota syarikat itu secara percuma.