Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

421. Pertimbangan cadangan oleh mesyuarat pemiutang

Feedback & support
(1)

Suatu mesyuarat pemiutang, yang dipanggil di bawah perenggan 420(1)(b), hendaklah memutuskan sama ada untuk meluluskan cadangan pengurus kehakiman.

(2)

Cadangan hendaklah diluluskan oleh tujuh puluh lima peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pemiutang yang tuntutannya telah diterima oleh pengurus kehakiman, yang hadir dan mengundi pada mesyuarat sama ada dengan sendiri atau melalui proksi dan cadangan boleh diluluskan dengan ubah suaian tertakluk pada persetujuan pengurus kehakiman bagi setiap ubah suaian.

(3)

Sebaik diluluskan oleh majoriti yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), cadangan itu, dengan atau tanpa ubah suaian, hendaklah mengikat semua pemiutang syarikat sama ada pemiutang itu mengundi dengan memihak kepada cadangan itu atau tidak.

494 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(4)

Pengurus kehakiman hendaklah melaporkan keputusan mesyuarat itu kepada Mahkamah dan hendaklah memberikan notis tentang keputusan itu kepada Pendaftar dan kepada mana-mana orang atau badan lain sebagaimana yang diluluskan oleh Mahkamah.

(5)

Jika suatu laporan diberikan kepada Mahkamah di bawah subseksyen (4) bahawa mesyuarat enggan meluluskan cadangan pengurus kehakiman dengan atau tanpa ubah suaian, Mahkamah boleh—

(a)

melalui perintah melepaskan perintah pengurusan kehakiman;

(b)

membuat apa-apa peruntukan berbangkit dalam perintah pengurusan kehakiman sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah;

(c)

menangguhkan pendengaran dengan syarat atau tanpa syarat;

atau

(d)

membuat suatu perintah interim atau apa-apa perintah lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

(6)

Suatu salinan apa-apa perintah Mahkamah yang dibuat di bawah subseksyen (5) hendaklah disiarkan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris.

(7)

Jika perintah pengurusan kehakiman dilepaskan, pengurus kehakiman hendaklah menghantar suatu salinan pejabat perintah itu kepada Pendaftar dalam masa tujuh hari dari perintah itu.

(8)

Pengurus kehakiman yang, tanpa alasan yang munasabah, melanggar subseksyen (7) melakukan suatu kesalahan dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Syarikat 495

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules