Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
422. Jawatankuasa pemiutang
Feedback & supportJika suatu mesyuarat pemiutang yang diadakan di bawah seksyen 421 meluluskan cadangan pengurus kehakiman dengan atau tanpa ubah suaian mesyuarat itu boleh, menubuhkan suatu jawatankuasa pemiutang, yang jika difikirkannya sesuai boleh menghendaki pengurus kehakiman supaya hadir di hadapan mesyuarat itu dan memberi mesyuarat itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan penjalanan fungsinya oleh pengurus kehakiman itu sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki oleh mesyuarat itu.