Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
536. Kesalahan oleh pegawai syarikat semasa penyelesaian
Feedback & supportTiap-tiap orang yang, menjadi atau pernah menjadi pegawai atau penyumbang sesuatu syarikat yang digulung, melakukan suatu kesalahan jika dia—
tidak menzahirkan kepada penyelesai segala harta syarikat, dan bagaimana dan kepada siapa dan bagi balasan apa dan bila syarikat melupuskan mana-mana bahagian harta syarikat itu, kecuali bahagian yang dilupuskan mengikut cara urusan biasa syarikat;
tidak menghantar serah kepada penyelesai, sama ada atau tidak diarahkan untuk berbuat sedemikian oleh penyelesai—
Syarikat 599
segala harta alih dan harta tak alih syarikat dalam jagaannya atau di bawah kawalannya dan yang dia dikehendaki oleh undang-undang supaya menghantar serah; atau
semua buku dan surat dalam jagaannya atau di bawah kawalannya yang dipunyai oleh syarikat dan yang dia dikehendaki oleh undang-undang supaya menghantar serah;
dalam masa dua belas bulan sebelum permulaan penggulungan atau pada bila-bila masa selepas permulaan penggulungan—
menyembunyikan mana-mana bahagian harta syarikat yang bernilai lima puluh ringgit atau lebih, atau menyembunyikan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada atau daripada syarikat;
mengalih secara fraud mana-mana bahagian harta syarikat yang bernilai lima puluh ringgit atau lebih;
menyembunyikan, memusnahkan, mencacatkan atau memalsukan, atau telah bersubahat dalam penyembunyian, pemusnahan, pencacatan atau pemalsuan, apa-apa buku atau surat yang menyentuh atau yang berhubungan dengan harta atau hal ehwal syarikat;
membuat atau telah bersubahat dalam membuat apa-apa kemasukan palsu dalam mana-mana buku atau surat yang menyentuh atau yang berhubungan dengan harta atau hal ehwal syarikat;
secara fraud meninggalkan, mengubah atau membuat apa-apa peninggalan dalam, atau telah bersubahat untuk memfraud peninggalan, pengubahan atau pembuatan apa-apa peninggalan dalam, mana-mana dokumen yang menyentuh atau yang berhubungan dengan harta atau hal ehwal syarikat;
600 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
melalui apa-apa representasi palsu atau fraud lain, memperoleh apa-apa harta untuk atau bagi pihak syarikat secara kredit yang syarikat tidak membayar kemudiannya;
memperoleh secara kredit, untuk atau bagi pihak syarikat, di bawah dakwaan yang palsu bahawa syarikat menjalankan perniagaannya, apa-apa harta yang syarikat tidak membayar kemudiannya; atau
menggadaikan, menyandarkan atau melupuskan apa-apa harta syarikat yang diperoleh secara kredit dan yang tidak dibayar, melainkan jika gadaian, sandaran atau pelupusan itu mengikut cara urusan biasa syarikat;
membuat apa-apa peninggalan material dalam apa-apa pernyataan yang berhubungan dengan hal ehwal syarikat;
gagal untuk memberitahu penyelesai tentang suatu hutang palsu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia mengetahui atau mempercayai bahawa hutang palsu itu telah dibuktikan oleh mana-mana orang;
menghalang pengemukaan apa-apa buku atau surat yang menyentuh atau yang berhubungan dengan harta atau hal ehwal syarikat;
dalam masa dua belas bulan sebelum permulaan penggulungan atau pada bila-bila masa selepas permulaan penggulungan, cuba untuk mengakaunkan mana-mana bahagian harta syarikat melalui kerugian atau perbelanjaan rekaan; atau
dalam masa dua belas bulan sebelum permulaan penggulungan atau pada bila-bila masa selepas permulaan penggulungan, telah disabitkan dengan representasi palsu atau fraud lain bagi maksud memperoleh persetujuan pemiutang syarikat atau mana-mana satu daripada mereka kepada suatu perjanjian berkenaan dengan hal ehwal syarikat atau penggulungan.
Syarikat 601
Bagi maksud seksyen ini, tarikh permulaan penggulungan hendaklah—
dalam hal penggulungan oleh Mahkamah, pada tarikh perintah penggulungan itu; atau
dalam hal penggulungan sukarela, kelulusan ketetapan untuk menggulung syarikat.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.
Menjadi suatu pembelaan kepada pertuduhan di bawah perenggan (1)(a), (b) atau subperenggan (1)(c)(i), (vii) atau (viii)
atau perenggan (1)(d) jika orang itu membuktikan bahawa dia tidak berniat untuk memfraud, dan kepada pertuduhan di bawah subperenggan (1)(c)(iii) atau (iv) atau perenggan (1)(f) jika dia membuktikan bahawa dia tidak berniat untuk menyembunyikan keadaan hal ehwal syarikat atau untuk mengecewakan undang-undang.
Jika mana-mana orang menggadai, menyandar atau melupuskan apa-apa harta dalam hal keadaan yang terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah subperenggan (1)(c)(viii), tiap-tiap orang yang mengambil gadaian atau sandaran atau selainnya menerima harta dengan mengetahui harta itu digadai, disandarkan atau dilupuskan dalam hal keadaan sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.