Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

535. Section 535

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu syarikat dibubarkan, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa dalam masa dua tahun selepas tarikh pembubaran itu, atas suatu permohonan daripada penyelesai syarikat atau mana-mana orang lain yang didapati oleh Mahkamah sebagai berkepentingan, membuat suatu perintah mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah yang mengisytiharkan pembubaran itu sebagai terbatal, dan prosiding itu boleh dijalankan sebagaimana yang sepatutnya dijalankan jika syarikat itu tidak dibubarkan.

(2)

Orang yang atas permohonannya perintah dibuat, hendaklah, dalam masa tujuh hari dari perintah itu dibuat atau apa-apa masa selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah, menyerah simpan dengan Pendaftar dan dengan Pegawai Penerima suatu salinan pejabat perintah itu dan orang yang tidak berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Subpenggal 4

Kesalahan

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules