Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
537. Dorongan untuk dilantik sebagai penyelesai, dsb
Feedback & supportMana-mana orang yang memberi atau bersetuju atau menawarkan untuk memberikan mana-mana anggota atau pemiutang sesuatu syarikat apa-apa balasan yang berharga dengan tujuan untuk menjamin pelantikan atau penamaannya sendiri, atau untuk menjamin atau mengelak pelantikan atau penamaan mana-mana orang selain dirinya, sebagai penyelesai syarikat, melakukan suatu kesalahan dan
602 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.