Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
538. Pemalsuan buku, dsb
Feedback & supportTiap-tiap pegawai atau penyumbang mana-mana syarikat yang digulung yang memusnahkan, mencacatkan, mengubah atau memalsukan apa-apa buku, surat atau sekuriti, atau membuat atau bersubahat dalam membuat apa-apa kemasukan yang palsu atau secara fraud dalam mana-mana daftar atau buku akaun atau dokumen yang dipunyai oleh syarikat itu dengan niat untuk memfraud atau memperdayakan mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.