Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

539. Liabiliti jika akaun sepatutnya tidak disimpan

Feedback & support
(1)

Jika, selepas suatu penyiasatan di bawah mana-mana

Bahagian lain atau jika sesuatu syarikat digulung, ditunjukkan bahawa buku akaun yang sepatutnya tidak disimpan oleh syarikat sepanjang tempoh dua tahun sebaik sebelum permulaan penyiasatan atau penggulungan itu atau tempoh antara pemerbadanan syarikat itu dan permulaan penyiasatan atau penggulungan itu, mengikut mana-mana yang lebih kurang, tiap-tiap pegawai, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, buku atau akaun yang sepatutnya hendaklah disifatkan tidak disimpan dalam hal mana-mana syarikat jika—

(a)

buku atau akaun tidak disimpan sebagaimana yang perlu untuk menunjukkan dan menerangkan transaksi dan kedudukan kewangan perdagangan atau perniagaan syarikat, termasuk buku yang mengandungi kemasukan dari hari ke

Syarikat 603

hari dengan perincian yang mencukupi tentang semua wang tunai yang diterima dan wang tunai yang dibayar, dan, jika perdagangan atau perniagaan itu melibatkan urus niaga mengenai barang, penyata pengambilan stok tahunan dan, kecuali dalam hal barang yang dijual dengan cara perdagangan runcit biasa, semua barang yang dijual dan dibeli, yang menunjukkan barang dan pembeli dan penjual barang itu dengan perincian yang mencukupi bagi membolehkan barang itu dan pembeli dan penjual itu dikenal pasti; atau

(b)

buku atau akaun tidak disimpan mengikut cara bagi membolehkan buku dan akaun itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya, sama ada syarikat melantik seorang juruaudit atau tidak.

(3)

Jika dalam perjalanan penggulungan sesuatu syarikat atau dalam mana-mana prosiding terhadap sesuatu syarikat, pegawai syarikat yang dengan disedarinya menjadi pihak yang berhutang, pada masa berhutang itu, tidak mempunyai alasan yang munasabah atau barangkali untuk menjangkakan, selepas mengambil kira tanggungan lain, jika ada, bagi syarikat pada masa itu, yang syarikat itu boleh membayar hutang itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules