Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

540. Tanggungjawab bagi perdagangan secara fraud

Feedback & support
(1)

Jika dalam perjalanan penggulungan sesuatu syarikat atau dalam mana-mana prosiding terhadap sesuatu syarikat didapati bahawa apa-apa perniagaan syarikat itu dijalankan dengan niat untuk memfraud pemiutang syarikat atau pemiutang mana-mana orang lain atau bagi apa-apa maksud secara fraud, Mahkamah atas permohonan penyelesai atau mana-mana pemiutang atau penyumbang syarikat, boleh, jika difikirkan patut oleh Mahkamah untuk berbuat demikian, mengisytiharkan bahawa mana-mana orang yang dengan diketahui menjadi pihak kepada penjalanan perniagaan mengikut cara itu hendaklah menjadi bertanggungjawab sendiri, tanpa apa-apa batasan

604 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

tanggungan, bagi semua atau apa-apa hutang atau tanggungan lain syarikat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

(2)

Jika seseorang disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 539(3) berhubung dengan suatu hutang yang diadakan sebagaimana yang disebut dalam seksyen itu, Mahkamah atas permohonan penyelesai atau mana-mana pemiutang atau penyumbang syarikat boleh, jika difikirkan patut oleh Mahkamah untuk berbuat demikian, mengisytiharkan bahawa orang itu hendaklah bertanggungjawab sendiri tanpa apa-apa had liabiliti bagi pembayaran penuh atau mana-mana bahagian hutang itu.

(3)

Apabila Mahkamah membuat apa-apa pengisytiharan di bawah subseksyen (1) atau (2), Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan selanjutnya sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud menguatkuasakan pengisytiharan itu, dan secara khusus boleh membuat peruntukan bagi menjadikan tanggungan mana-mana orang di bawah pengisytiharan itu suatu gadaian ke atas apa-apa hutang atau obligasi yang kena dibayar oleh syarikat kepada orang itu, atau ke atas apa-apa gadaian atau apa-apa kepentingan dalam apa-apa gadaian ke atas apa-apa aset syarikat yang dipegang olehnya atau terletak hak pada orang itu atau mana-mana perbadanan atau orang bagi pihaknya, atau mana-mana orang yang mendakwa sebagai pemegang serah hak daripada atau melalui orang yang bertanggungan atau mana-mana perbadanan atau orang yang bertindak bagi pihaknya, dan boleh dari semasa ke semasa membuat apa-apa perintah selanjutnya sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan apa-apa gadaian yang dikenakan di bawah subseksyen ini.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), “pemegang serah hak”

termasuklah mana-mana orang yang kepadanya atau yang bagi pihaknya melalui arahan orang yang bertanggungan hutang, obligasi atau gadaian itu diwujudkan, dikeluarkan atau dipindahkan atau kepentingan yang diwujudkan, tetapi tidak termasuk pemegang serah hak bagi balasan yang berharga dan balasan dengan cara perkahwinan, yang diberikan dengan suci hati dan tanpa mengetahui tentang mana-mana perkara itu yang atas alasannya pengisytiharan itu dibuat.

(5)

Jika apa-apa perniagaan sesuatu syarikat dijalankan dengan niat atau bagi maksud yang disebut dalam subseksyen (1), tiap-tiap orang

Syarikat 605

yang dengan disedarinya menjadi pihak kepada penjalanan perniagaan itu dengan niat dan maksud itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

(6)

Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walaupun orang yang berkenaan melakukan kesalahan jenayah di bawah Akta ini berkenaan dengan perkara yang atas alasannya pengisytiharan dibuat.

(7)

Semasa pendengaran suatu permohonan di bawah subseksyen (1) atau (2), penyelesai boleh memberikan keterangan atau memanggil saksi dengan sendiri.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules