Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
594. Mendorong orang untuk melaburkan wang secara fraud
Feedback & supportMana-mana orang yang, melalui apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang diketahuinya sebagai mengelirukan, palsu atau memperdayakan atau melalui apa-apa penyembunyian fakta material secara curang atau dengan membuat apa-apa pernyataan, janji atau ramalan secara melulu yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan, mendorong atau cuba untuk mendorong seorang yang lain membuat atau menawarkan untuk membuat—
apa-apa perjanjian bagi atau yang bertujuan memperoleh, melupuskan, melanggan atau menaja jamin sekuriti boleh pasar atau meminjam atau mendeposit wang kepada atau dengan mana-mana perbadanan; atau
apa-apa perjanjian yang maksudnya atau maksud yang diada-adakannya adalah untuk menjamin keuntungan kepada mana-mana pihak daripada hasil sekuriti boleh pasar atau melalui rujukan kepada naik turunnya nilai sekuriti boleh pasar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.
Tiap-tiap pegawai atau ejen mana-mana perbadanan dengan apa-apa cara yang menipu atau janji palsu dan dengan niat untuk memfraud, menyebabkan atau mengusahakan supaya apa-apa wang dibayar atau apa-apa catel atau sekuriti boleh pasar dihantar serah kepada perbadanan itu atau kepadanya atau mana-mana orang lain bagi penggunaan manfaat atau untuk perbadanan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.
Pendapat mana-mana juruaudit atau akauntan yang berkelayakan dengan sepatutnya tentang kedudukan kewangan mana-mana syarikat pada bila-bila masa atau sepanjang apa-apa tempoh yang berkenaan dengannya juruaudit atau akauntan itu membuat suatu audit atau pemeriksaan tentang hal ehwal syarikat itu
658 Undang-Undang Malaysia AKTA 777