Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

41. Permohonan untuk lesen

Feedback & support
(1)

Seseorang yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 2 Jadual 4 hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kredit Pengguna 43

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

dibuat kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya atau Pendaftar; dan

(b)

disertakan dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh pada bila-bila masa selepas penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen (1)—

(a)

menjalankan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap latar belakang kewangan, profesional, jenayah atau yang lain ke atas pemohon dan pengawal, pengarah, pekongsi dan pengurusan kanan pemohon itu; dan

(b)

melalui suatu notis bertulis menghendaki pemohon itu untuk memberinya apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan permohonan itu.

(4)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah perenggan (3)(b) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

permohonan itu tidak lagi boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu; dan

(b)

tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.

Undang-Undang Malaysia 44

(5)

Jika suatu pemohon menarik balik suatu permohonan yang telah dikemukakan di bawah subseksyen (2)—

(a)

ia tidak akan menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu selepas suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau

Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.

(6)

Setelah menerima suatu permohonan dan bayaran fi serta pengemukaan maklumat, butir-butir atau dokumen di bawah subseksyen (2) dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberi di bawah perenggan (3)(b), Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mempertimbangkan permohonan itu.

(7)

Suatu pemberi kredit berlesen yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan kredit yang berikutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 2 Jadual 4

hendaklah mengemukakan permohonan lain kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut seksyen ini.

(8)

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh melarang atau menyekat mana-mana pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh

Suruhanjaya daripada menjalankan suatu perniagaan kredit Islam sebagai tambahan kepada perniagaan kredit konvensionalnya, dengan syarat pemberi kredit berlesen itu mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya terlebih dahulu.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules