Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
44. Kehendak kewangan minimum bagi pelesenan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh dilesenkan di bawah seksyen 42
jika orang itu tidak memenuhi kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Dalam menjalankan perniagaan kreditnya, suatu pemberi kredit berlesen hendaklah mematuhi, pada setiap masa, kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suatu pemberi kredit berlesen tidak boleh terus menjalankan mana-mana perniagaan kredit tanpa keizinan bertulis terdahulu
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika ia tidak memenuhi kehendak kewangan minimum yang ditentukan di bawah subseksyen (1).