Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

45. Kehendak layak dan sesuai pemberi kredit berlesen

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menentukan kehendak layak dan sesuai yang terpakai bagi seorang pengawal, pengarah, pekongsi atau pengurusan kanan suatu pemberi kredit berlesen, yang boleh termasuk kriteria minimum yang berhubungan dengan—

(a)

kejujuran, integriti peribadi dan reputasi;

(b)

kekompetenan dan kebolehan; dan

(c)

integriti kewangan.

(2)

Seorang pengawal, pengarah, pekongsi atau pengurusan kanan suatu pemberi kredit berlesen hendaklah pada setiap masa mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).

Undang-Undang Malaysia 48

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules