Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
43. Alasan bagi penolakan lesen
Feedback & supportSuruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menolak permohonan untuk suatu lesen atas mana-mana alasan yang berikut:
permohonan itu tidak dibuat mengikut Akta ini;
pemohon telah tidak mematuhi mana-mana peraturan-peraturan, standard atau garis panduan, atau kehendak yang lain di bawah Akta ini;
pemohon telah tidak memuaskan hati Suruhanjaya atau
Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa pemohon, pengawalnya, pengarahnya, pekongsinya dan pengurusan kanannya, adalah layak dan sesuai;
apa-apa dokumen atau maklumat yang diberikan oleh pemohon kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah palsu atau mengelirukan atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material;
atau
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpendapat bahawa ia adalah bertentangan dengan kepentingan awam untuk memberikan suatu lesen kepada pemohon itu.
Jika Suruhanjaya atau Pendaftar menolak suatu permohonan di bawah subseksyen (1)—
Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis mengenai penolakan itu;
penolakan itu hendaklah tidak menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu setelah suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dan
tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
Kredit Pengguna 47