310. Rayuan dibenarkan secara khas dalam kes tertentu
Feedback & supportSeseorang Hakim boleh, atas permohonan mana-mana orang yang berhasrat untuk merayu yang mungkin terhalang daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak mematuhi sesuatu formaliti atau sesuatu kehendak Kanun ini, membenarkan sesuatu rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan kepada Majistret dan kepada pihak-pihak itu sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Hakim itu supaya keadilan substansial boleh dijalankan dalam perkara itu.